Ukhuwah Anggota Halaqat dengan Pegawai dan staf pejabat agama

Program kacau sugha merupakan tradisonal bangsa melayu sempena dengan awal muharam 1446 H.
Halaqat bersama pejabat agama mengadakan program ukhuwah dengan kacau bubur asyura pada 7.8.2024 hari rabu. bermula jam seawal pagi sehingga siap.
Share:


 

Share:

USRAH MINGGUAN

 KULIAH MINGGUAN UNIT HALAQAT PASIR PUTEH

Setiap minggu pagi Rabu unit halaqat Parlimen Pasir Puteh, Dun Selising  ,Semerak, Limbongan dan Gaal mengadakan usrah dengan menggunakan pelbagai kitab fekah, hadis, tauhid, tasawuf dan lain-lain. Kitab-kitab tersebut antaranya Penawar Bagi Hati karya Syeikh Abdul Kadir, Al-Kaulul Tam.. 

Terjemahan Haji Zakaria, 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Susunan Abu Ali Al Bajari, Kitab Khilapiah karya Pensyarah UIA dan lain-lain. 

Nakib diadakan secara bergilir. Tujuan usrah ini menambah ilmu, menguatkan semangat dan motivasi guru halakat lantikan kerajaan Kelantan. Wartawan Dr Abham TR


Share:

BOMBA DAN POLIS BERSAMA MASYARAKAT

                 Bersama penduduk kampung dan ahli jemaah    Balaisah Ayah Fa Kolam Tembusu, Kedai Menanti,  Selising, Pasir Puteh, satu majlis diadakan oleh Ketua Polis Balai Selising dan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh. OCS Selising Sub Inspektor Zahari Mahmood meminta ibu bapa mengawasi anak-anak daripada terjebak dengan pil kuda, daum ketum dan kecurian motosikal .

Manakala Ketua Bomba Pasir Puteh Azhar Ilmi Mustafa menyatakan 239 mangsa kovid 19,Pasir Puteh tahun 2021. Mangsa kematian paling ramai ialah penghuni rumah, kerana terlalu banyak kunci hingga tak dapat dibuka dalam suasana cemas. Gajet juga bahaya kepada kanak-kanak. Beliau menyeru ibu bapa awasi anak dan buat pendawaian baru bila usia rumah lebih 20 tahun. Majlis ini dirasmikan oleh Mak Su Rubiah Penyelia Armalah Dun Selising.





Share:

MAJLIS KESYUKURAN TAUTAN KASIH KELUARGA HALAQAT

 Di cafe Tanjak Peringat,  menjadi tempat tumpuan bagi program Tautan kasih keluarga halaqat anjuran halaqat Dun Selising. Majlis ini dihadiri Yb Ust Tuan Mohd Saripuddin Bin Tua Ismail dengan keluarganya, anggota Majlis Tertinggi Dun MTD dan anggota staf pejabat Pas turut hadir dalam majlis tersebut. meraikan keringat jasa dikenang maka dua orang dipilih dalam anugerah sulong dan anugerah jasa dikenang. iaitu ust mohd saufi bin ab latif dan ustazah Rohani binti Sulaiman.










Share:

PEMBELAJARAN AL-QURAN BERMULA DIRUMAH

 


Halaqat Dun Selising menjemput para guru guru al-quran dalam program tanya khabar guru guru kita, setelah hampir dua tahun negara kita dilanda pandemik covid-19 yang menyebabkan anak anak di dun selising tidak dapat belajar dengan gurunya secara bersemuka. kini pihak kerajaan telah banyak memberi kelonggaran dalam sektor ekonomi dan pendidikan, yang menyebabkan  para guru guru mengambil mendekatan untuk membuka semula sistem pengajian al-quran secara bersemuka dengan mematuhi sop yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Share:

JAHEIAK DAN ILDAN LAHIRKAN PENDAKWAH ALAF BARU

 


 


KOTA BHARU 30 Disember 2021 

Jaheik dengan kerjasama ILDAN (Institut Latihan Darul Naim) telah membuka peluang kepada 50 pendakwah dari seluruh Kelantan  untuk sesi pertama mengikuti Kursus Media baru yang diadakan diHotel H Elite Tunjong selama 2 hari I malam. Sesi dijangkakan ada tiga sesi.


Pendedahan yang dibongkarkan oleh Penceramah jemputan khas dari UKM Bangi Dr . Muhamad Faisal Ashaari mengenai Aplikasi Canva dan cara-cara meyampaikan dakwah melalui media Siber ini sangat mengujakan para peserta. Pendedahan cara-cara untuk berdakwah melalui hebahan poster, iklan, posting dan sebagainya.


Semoga dengan ilmu dan latihan yang diterima semasa Kursus tersebut dapat melahirkan pendakwah yang lebih mampu untuk menyebarkan dakwah kepada lebih banyak individu khususnya golongan muda.

Share:

Popular Posts

Labels

Type Bicara

Recent Posts

Keutamaan dihahulukan

  • Perjumpaan Mudarris Membina Generasi Solat 25Jun 2022.di MADU
  • Kelas MGS Bermula Jun
  • Kelas Tahsin al-quran minggu ketiga setiap hari ahad

Pages

Kongsi Ilmu Tanpa Jemu

Masjid & Surau memerlukan tenaga pengajar Call Penyelaras Selising or 019-9685753 line sentiasa on kecuali diluar kawasan hantar what app bersama nama dan alamat tempat