Bicara menyelesaikan kerumitan Solat

16.3.2019, Halaqat telah menganjurkan program kemantapan Solat khas bagi guru guru MGS. Kehadiran amat meransangkan. Tenaga guru MGS seramai 26  orang yang hadir. Setiap dun diperuntukkan seramai 10 orang mudaris. Dijangkakan jumlah anak murid setiap tempat seramai 30 orang. Program ini bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.15 tengahari. Diantara angenda program yang telah diatur ialah;
     1. Kaedah solat khusyuk
     2. Kelebihan solat dan sunat sujud sahwi
     3. Bagaimana kaedah tayammum
     4. Berwuduk cara sakit.
   
Bicara ringkas bab aturaca menyepurnakan solat, dapat menghilangkan kerumitan dlam mengerjakan solat..semoga program ini akan menyelesaikan masalah tidak lagi ada orang tidak solat



Share:

PROSES PENGAMBILAN GURU AL-QURAN

Bermula pada tahun ini, keputusan mesyuarat halaqat kawasan bersetuju untuk mengadakan temuduga bagi guru-guru al-quran lantikan dibawah seliaan Jaheak. Dun selising mendahulu daripada dun lain dalam mengadakan sesi temuduga bagi guru al-quran yang baru.
6 orang calon guru al-quran yang telah mengisi kekosongan sebagai guru al-quran di dun selising. namun yang hadir untuk temuduga seramai 5 orang.
hasil solusi dapat dibuat bahawa kemasukan guru al-quran perlu ditemuduga terlebih dahulu bagi mengetahui ketakat mana kemampuan seseorang guru dalam ilmu al-quran. tambahan pula bagi memudahkan halaqat mengatur program bagi kemantapan ilmu khas kepada guru al-quran
Share:

Seketika menatap Sinar Hidayat alKahfi

Setelah selesai sahaja menunaikan Solat berjamaah, kita masih ada waktu Dan masa untuk membaca Dan merenung Firman Allah. Berikan sedikit masa bersama dengan alquran. Umat Islam akhir zaman ini penuh dengan fitnah Dan kebatilan dalam memulih cara kehidupan maka ketika ini kita perlu meneliti bacaan terutamanya amalan bacaan surah al kahfi.
Sebaik baiknya diamalkan dengan cara ini.
1. Bacaan seminggu sekali bacaan ayat 1 sehingga ayat 110 .
2. Bacaan setiap Hari sepuluh ayat 1 sehingga ayat ke sepuluh.
3. Atau sepuluh ayat yang terakhir dari surah alKahfi.
4. Bacan doa minta berlindung kepada Allah daripada fitnah dajjal di akhir tahayyat.

Insyallah dengan cara ini antum bakal dijaga oleh Allah daripada bencana fitnah dajjal
Share:

Cari Kemantapan Ilmu Bagi Persiapan MGS

26 jan 2019
Pengelola halaqat pasir puteh,ust Rahmat berucap kepada semua medarris Membina Generasi Solat MGS bagi sesi 2019.Seramai 40 orang guru mgs disetiap kawasan pasir puteh mendengar taklimat dan perkongsian ilmu khas bab solat.turut memberi pencerahan ilmu oleh tiga orang ust yang membincangkan mengenai solat. hal ini supaya tidak ada lagi keraguan kepada tenaga pengajar mgs dan pat menyampaikan muqarra kitab solat dengan baik dan dapat meneruskan fokus pembelajaran dan prngajarsn terhadap anak muridnya.
Share:
Share:


Share:

Pengertian logo

MAKNA LOGO HALAQAT
🌹 Kitab - Melambangkan ilmu. Halaqat sebagai sebuah institusi penyebaran ilmu kepada masyarakat demi memahamkan masyarakat dengan Islam yang syumul. 🌹 Bendera - Negeri Kelantan sebagai negeri bertapaknya Halaqat. Sesuai dengan gelarannya, Serambi Mekah. Sebagaimana Mekah adalah pusat pengajian Ilmu Islam maka Kelantan juga adalah tumpuan untuk mendalami ilmu-ilmu Islam. 🌹 Pintu Gerbang - Pintu Gambar di atas kitab menunjukkan Halaqat sebagai pintu utama penduduk di sini mendapatkan ilmu. Dengan anggota pembantu, pegawai Halaqat serta guru-guru Al-Quran yang jumlahnya melebihi 3,000 orang, maka ia menjadi pintu utama tersebarnya ilmu ke seluruh negeri. 🌹 Bulatan - Menunjukkan kesepakatan dan bersepadunya anggota-anggota Halaqat yang berperanan menyatupadukan anggota masyarakat. 🌹 Warna Merah - Merah melambangkan keberanian. Anggota Halaqat diajar untuk berani menyampaikan kebenaran sekali pun ianya pahit. Merah juga menunjukkan kekuatan. 🌹 Warna Hijau - Melambangkan kedamaian dan kesuburan. Dengan ilmu yang dicurahkan maka akan menghasilkan kedamaian dalam masyarakat dan menyuburkan kasih sayang sesama mereka. 🌹 Tulisan Jawi - Tulisan Jawi adalah tulisan asal bangsa Melayu yang menggunakan huruf Hijaiyyah. Halaqat juga berperanan mengangkat tulisan Jawi untuk dipelajari oleh semua rakyat.
Share:

Popular Posts

Labels

Type Bicara

Recent Posts

Keutamaan dihahulukan

  • Perjumpaan Mudarris Membina Generasi Solat 25Jun 2022.di MADU
  • Kelas MGS Bermula Jun
  • Kelas Tahsin al-quran minggu ketiga setiap hari ahad

Pages

Kongsi Ilmu Tanpa Jemu

Masjid & Surau memerlukan tenaga pengajar Call Penyelaras Selising or 019-9685753 line sentiasa on kecuali diluar kawasan hantar what app bersama nama dan alamat tempat