Kuliah Medan Ilmu Selising

KULIAH MEDAN ILMU


Sabtu  | 10 Januari 2026

Pengkuliah : Ust. Amerudin bin Azman

Tajuk : Kelebihan Bulan Rejab


- Barangsiapa tuntut ilmu, Allah permudahkan jalannya ke syurga

- Panjatkan syukur sebab dapat hadir harini

- Masuk bulan rejab dah hampir kepada Ramadan.

- Surah AlAsr :- demi masa manusia kerugian, melainkan beriman dan beramal soleh.

- Kelalaian menghabiskan masa, tanda akhir zaman

- Umur kita semakin banyak umur masih belum banyak

- Harta dunia boleh kira harta akhirat tak tahu berapa

- Bukan semua masa itu sama, ada malam lebih baik dari 1000bulan. Ada bulan yg dimuliakan Allah antaranya bulan rejab (bulan haram). 

- Rejab ialah bulan isyarat, syaaban bulan latihan, ramadan bulan puncak.

- Doa nabi berkati pada rejab, syaaban dan Ramadan.

- Kata ulama : Rejab bulan menanam, syaaban menyiram, Ramadan menuai ambil hasil.

- Harini 20 rejab, berapa banyak dah tanam (amalan)?

- Tanaman itu ibadah, kualiti ibadah, kuantiti ibadah, muhasabah, amal soleh & jariah.

- Ada hadis doif boleh diambil sebagai fadilat amal, barangsiapa puasa pada bulan rejab Allah beri minum pada sungai susu.

- Hadis ibn abbas Nabi saw bersabda siapa puasa 1 hari dalam rejab pahala seperti 1 bulan pada bulan yang lain. 7 hari berpuasa pada bulan rejab dikuncikan 7 pintu neraka kepadanya.

- Boleh beramal dengan hadis doif, untuk motivasi untuk beramal.

- Hari khamis diangkat pahala, hari isnin nabi berpuasa kerana nabi lagi padanya.

- Org yg rugi adalah org yg tiada perubahan walaupun dah masuk bulan ramadan.

- Kebanyakan manusia dapat lapar dah dahaga saja. tiada persediaan untuk ramadan, buat maksiat dalam ramadan.

- Allah jadikan setahun 12 bulan, dari 12 bulan ada 4 bulan Haram. Bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharam & Rejab.

- Bulan Haram : haram lakukan peperangan, kezaliman, kemaksiatan kepada Allah. Dosa kecil jadi dosa besar. Maksiat jadi lebih bahaya kepada seseorang.

- Kaabah dibina pada zaman Nabi Ibrahim & Nabi Ismail.

- Selepas beratus tahun, dibinakan semula. Hijr ismail adalah sebahagian dari kaabah. kumpul duit baiki kaabah. Pendapatan Halal boleh dikumpul boleh buat sekadar kaabah sehingga ke hari ni.

- Tawaf tak boleh didalam hijr ismail.

- Bulan rejab sepatutnya bulan dijaga, bermula rejab hingga ramadan.

- PERISTIWA BESAR BULAN REJAB :  ISRA' & MIKRAJ.

- Berlaku dalam bulan rejab. Setelah wafatnya org paling dikasihi Nabi saw isterinya Khadijah dan Abu Tholib.

- Khadijah isteri nabi, lebih tua dari Nabi. Kaya tapi sanggup hidup susah dengan nabi. Khadijah sebut kalau aku meninggal ambillah tulang belulang untuk perjuangan dakwah Nabi. 

- Abu Tholib wafat, banyak jaga nabi. Hilang sayap kanan dan diri. 

- Hijrah nabi pertama adalah ke thoif, Hijrah terbesar nabi adalah ke Yastrib (madinah). 

- Di thoif, waktu ada abu tholib, Disanjung dimuliakan dengan hadiah. di toif juga tempat ibu susuan nabi Halimatus sa'adiah (Bani saadah). Sampai ditoif, dihalau oleh toif, berdoa Nabi selama 3 hari (sedangkan ore kafir quraisy duk tunggu di mekoh). Pada hari 1,2. Hari ke 3 di qardul manazil. Malaikat mari offer suruh hempas bukit ke penduduk toif. Tapi Nabi tak beri buat begitu oleh malaikat, moga² keluar dari sulbi mereka org yg beriman kepada Allah. (Banyak kali nabi berdoa kepada Allah).

- Banyakkan berdoa kepada Allah, Allah guna lafaz istaf'ala :- astajib lakum : tuntut kewajiban untuk mengabulkan doa kamu.

- Dalam berdoa, jangan tergesa². Allah tak bagi sebab Allah tahu tak baik untuk kita.

- Nabi kembali ke mekah. Berdakwah

- Maka selepas itu berlaku peristiwa israk mikraj.

- Allah perjalankan Nabi saw. Dari masjidil haram ke masjidil aqsa. Dengan naiki buraq. Naik ke langit hingga ke sidratul muntaha. Perjalanan buraq itu laju.

- Berlaku Israk & mikraj, diangkat bersama malaikat jibril sampai berjumpa Allah sendirian. Mendapat wahyu terbesar daripada Allah swt iaitu SOLAT.

- Peristiwa perjalanan jumpa Allah adalah perjalanan yang sangat seronok. Dan dianugerahkan solat.

- Solat jangan dijadikan beban kepada kita. Diberi sebanyak 50 waktu solat.

- Umat Nabi tak mampu, Nabi musa suruh minta kurang  hingga jadi 5 waktu.

- Bulan rejab adalah bulan Solat, Perbanyakkan solat sunat, dan qadhakan solat. Supaya masuk ramadan mudah lakukan Terawih.

- Masjid yang berdaftar dengan MAIK, kena buat 20 rokaat. 

- Kalau mampu buat 20rakaat, tak mampu buat sekadar yang mampu.

- Jangan masjid/solat tunggu kita, kita kena tunggu waktu solat.

- Kalau rasa berharga, maka mampu untuk tunggu.

- Terus latih diri untuk terus jadi org soleh, hingga smpai bulan ramadan.

- Banyakkan istighfar kepada Allah swt. 


Ditutup dengan doa.

Jam 10.15am

Share:



Share:

Majlis Amanat Pimpinan Halaqat Satukan Gerak Kerja Dakwah di Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 1 Januari 2026 – Turut serta 4 orang pimpinan dan ahli halaqat telah menghadiri Majlis Amanat Pimpinan Halaqat bersama pimpinan peringkat kawasan Pasir Puteh yang berlangsung di Dewan Besar Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh hari ini. Majlis ini bertujuan memperkukuh kesatuan saf, memperjelaskan hala tuju gerak kerja dakwah, serta menyuntik semangat baharu dalam kalangan penggerak halaqat agar terus istiqamah memikul amanah yang diberikan. Antara pimpinan yang hadir ialah YB Dato’ Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Agromakanan & Komoditi Negeri Kelantan merangkap Ketua Dewan Ulama’ Negeri Kelantan dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selising. Turut hadir YB Nor Sham bin Sulaiman, ADN Semerak, serta Yang Berhormat Ustazah Nor Asilah binti Mohamed Zin, ADN N30 Limbongan. Majlis ini juga disertai oleh pengelola dakwah halaqat Pasir Puteh, Wan Ab Rahman bin Wan Hamad, yang memainkan peranan penting dalam penyelarasan dan pelaksanaan program dakwah di peringkat akar umbi. Dalam ucapan-ucapan yang disampaikan, para pimpinan menekankan kepentingan kesatuan, keikhlasan dalam berkhidmat, serta keperluan untuk terus memperkasa ilmu, tarbiyah dan penghayatan nilai Islam dalam masyarakat. Para peserta turut diingatkan bahawa tugas dakwah bukanlah tanggungjawab individu semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan secara berjemaah dan tersusun. Majlis amanat ini diharapkan menjadi titik tolak kepada pengukuhan peranan halaqat sebagai nadi utama dalam menyampaikan risalah Islam serta membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Share:

Mesyuarat bulan november berlansung di rumah kak rohani



 

MINIT MESYUARAT BULANAN

🗓️ Tarikh : 10 November 2025 (isnin)

🕔 Masa : 9.15 Malamni

🏢 Tempat : Rumah Ustazah Rohani(Kak Ani).


Kehadiran Ahli

Ustaz Mohamad Bekam

Ustazah Rohani

Ustazah Ani

Ustaz Abd Razak

Ustaz Luqman

Ustaz Wan Abd Rahman

Ustaz Mohamad (tok ime pokya)



Pembukaan : Bacaan Fatihah

1) Ucapan Pengelola Halaqat

- lantikan setahun, sekarang berada di november

- Negeri mahukan tauliah mengajar, walaupun Alim, boleh dihujahkan nanti sebab tiada tauliah, ahli halaqat jgn rasa selesa dan wajib mohon tauliah.

- maik tak berapa setuju denga halaqat

- pengelola halaqat akan hantar senarai nanti siapa yg layak dan siapa yg tidak layak, akan diangkat pada bulan 12 nanti.

- pegawai akan menilai dalam kalangan ahli.

- kalau ada keuzuran tak boleh teruskan, kena maklum dan jujur untuk undur diri.

- kena ada perancangan, kerahkan semua guru quran yg dah khatam, kena keluarkan dan maklumkan. akan ada majlis khatam quran besaran.

- Pegawai kena boleh hadir dan beri komitmen kepada halaqat

- wajib libatkan diri dengan medan ilmu dan haraki


2) Ucapan Wakil Ketua Halaqat

- Mesyuarat mesti diadakan

- ustaz amer suruh tanya malam ni

- kakmoh, xleh ngaja doh, YB suruh doh untuk tidak sambung. ada 1 kosong.

- halaqat adalah lantikan politik, mesti bergerak dalam politik.

- Kena tanya sorang² semua berkaitan jawatan.


Ustaz Mad Hijamah

- kekalkan sebagai pegawai

- setuju untuk jadi pegawai


Ustazah Ani

-sedia berkhidmat

- setuju sebagai pembantu halaqat


Ustazah Rohani

- dipersetujui semua untuk kak ani kekal sebagai pegawai.


Ustaz Luqman

- Setuju kekal sebagai pembantu halaqat


Ustaz AbdRazak

- Setuju kekal sbg pembantu halaqat


Tok Imam Ya

- Setakat ni boleh ngajar lagi, kalau uzur pun hujan atau sakit saja



RUMUSAN PENGELOLA

- Usrah diperingkat kawasan kena ambil cakna

- Halaqat di selising ni diharapkan kekal, sebab payah pulak nak cari yang lain yang sesuai boleh beri komitmen. 

- guru quran khusus quran, halaqat fokus kepada kitab, tazkirah & ceramah.

- manfaatkan web untuk masukkan senarai pdf dan kitab². 


10.23pm tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr

Share:

Ukhuwah Anggota Halaqat dengan Pegawai dan staf pejabat agama

Program kacau sugha merupakan tradisonal bangsa melayu sempena dengan awal muharam 1446 H.
Halaqat bersama pejabat agama mengadakan program ukhuwah dengan kacau bubur asyura pada 7.8.2024 hari rabu. bermula jam seawal pagi sehingga siap.
Share:


 

Share:

USRAH MINGGUAN

 KULIAH MINGGUAN UNIT HALAQAT PASIR PUTEH

Setiap minggu pagi Rabu unit halaqat Parlimen Pasir Puteh, Dun Selising  ,Semerak, Limbongan dan Gaal mengadakan usrah dengan menggunakan pelbagai kitab fekah, hadis, tauhid, tasawuf dan lain-lain. Kitab-kitab tersebut antaranya Penawar Bagi Hati karya Syeikh Abdul Kadir, Al-Kaulul Tam.. 

Terjemahan Haji Zakaria, 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Susunan Abu Ali Al Bajari, Kitab Khilapiah karya Pensyarah UIA dan lain-lain. 

Nakib diadakan secara bergilir. Tujuan usrah ini menambah ilmu, menguatkan semangat dan motivasi guru halakat lantikan kerajaan Kelantan. Wartawan Dr Abham TR


Share:

BOMBA DAN POLIS BERSAMA MASYARAKAT

                 Bersama penduduk kampung dan ahli jemaah    Balaisah Ayah Fa Kolam Tembusu, Kedai Menanti,  Selising, Pasir Puteh, satu majlis diadakan oleh Ketua Polis Balai Selising dan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh. OCS Selising Sub Inspektor Zahari Mahmood meminta ibu bapa mengawasi anak-anak daripada terjebak dengan pil kuda, daum ketum dan kecurian motosikal .

Manakala Ketua Bomba Pasir Puteh Azhar Ilmi Mustafa menyatakan 239 mangsa kovid 19,Pasir Puteh tahun 2021. Mangsa kematian paling ramai ialah penghuni rumah, kerana terlalu banyak kunci hingga tak dapat dibuka dalam suasana cemas. Gajet juga bahaya kepada kanak-kanak. Beliau menyeru ibu bapa awasi anak dan buat pendawaian baru bila usia rumah lebih 20 tahun. Majlis ini dirasmikan oleh Mak Su Rubiah Penyelia Armalah Dun Selising.





Share:

MAJLIS KESYUKURAN TAUTAN KASIH KELUARGA HALAQAT

 Di cafe Tanjak Peringat,  menjadi tempat tumpuan bagi program Tautan kasih keluarga halaqat anjuran halaqat Dun Selising. Majlis ini dihadiri Yb Ust Tuan Mohd Saripuddin Bin Tua Ismail dengan keluarganya, anggota Majlis Tertinggi Dun MTD dan anggota staf pejabat Pas turut hadir dalam majlis tersebut. meraikan keringat jasa dikenang maka dua orang dipilih dalam anugerah sulong dan anugerah jasa dikenang. iaitu ust mohd saufi bin ab latif dan ustazah Rohani binti Sulaiman.










Share:

PEMBELAJARAN AL-QURAN BERMULA DIRUMAH

 


Halaqat Dun Selising menjemput para guru guru al-quran dalam program tanya khabar guru guru kita, setelah hampir dua tahun negara kita dilanda pandemik covid-19 yang menyebabkan anak anak di dun selising tidak dapat belajar dengan gurunya secara bersemuka. kini pihak kerajaan telah banyak memberi kelonggaran dalam sektor ekonomi dan pendidikan, yang menyebabkan  para guru guru mengambil mendekatan untuk membuka semula sistem pengajian al-quran secara bersemuka dengan mematuhi sop yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Share:

JAHEIAK DAN ILDAN LAHIRKAN PENDAKWAH ALAF BARU

 


 


KOTA BHARU 30 Disember 2021 

Jaheik dengan kerjasama ILDAN (Institut Latihan Darul Naim) telah membuka peluang kepada 50 pendakwah dari seluruh Kelantan  untuk sesi pertama mengikuti Kursus Media baru yang diadakan diHotel H Elite Tunjong selama 2 hari I malam. Sesi dijangkakan ada tiga sesi.


Pendedahan yang dibongkarkan oleh Penceramah jemputan khas dari UKM Bangi Dr . Muhamad Faisal Ashaari mengenai Aplikasi Canva dan cara-cara meyampaikan dakwah melalui media Siber ini sangat mengujakan para peserta. Pendedahan cara-cara untuk berdakwah melalui hebahan poster, iklan, posting dan sebagainya.


Semoga dengan ilmu dan latihan yang diterima semasa Kursus tersebut dapat melahirkan pendakwah yang lebih mampu untuk menyebarkan dakwah kepada lebih banyak individu khususnya golongan muda.

Share:

Mesyuarat penubuhan dewan ulamak pas kawasan pasir puteh

 Pada 10 Okt 2021 bersamaan 3 Rabiul awal 1443 . Mesyuarat perlantikan ahli jawatankuasa 








Share:

Sumbangan aidilfitri kepada guru halaqat

 

Ucapan ribuan terima kasih kepada yb ust tuan mohd saripudin b tuan ismail telah memyampaikan sumbangan duit raya. Adun selising pada 7.5.2021 jam 9.00pagi di pejabat khidmat dun selising. 

Share:

MAJLIS PELANCARAN BULAN SOLAT

Pada 25 Mac 2021 di Balai Islam majlis perasmian bulan solat 
Share:

Majlis kesyukuran ajk penaja


 Majlis kesyukuran penaja dewan ulamak pas pasir puteh

Share:

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA DEWAN ULAMAK PAS KAWASAN PASIR PUTEH

 Bermula jam9.00pagi Hari Rabu, 3.mac2021 Mesyuarat jawatankuasa telah Berjaya mengadakan Mesyuarat secara Maya Dengan  zulkainaim bagi  pihak pas pusat.kahadiran ke majlis  Seramai 30 orang

11 orange telah  dilantik  sebagai  ahli jawatankuasa 







Share:

MAJLIS PERPISAHAN SETIAUSAHA PEJABAT

 Pada 28 Feb 2021. Pengelola halaqat kawasan pasir puteh, ust Rahmat bin Ibrahim bersama pegawai pegawai halaqat pasir puteh telah mengadakan majlis perpisahan khas kepada ustzah halimah yang telah berpindah tugas dari pejabat ke halaqat dun limbongan kuatkuasa hari ini. Tugas dipejabat diganti oleh ust mohd firdaus bin zulkiflie graduan Uniza dalam bidang  sarjana  muda usuluddin terengganu. Majlis ini berlansung di restoran  arab di hadapan sekolah menengah tuk janggut



Share:

MAJLIS KHATAM ALQURAN 31122020

Dun selising mengakhiri tahun 2020 dengan mengadakan majlis khatam alquran yg disertai oleh 35orang  peserta yang telah menamatkan bacaannya tiga puluh juzuk alquran. 
Kami dari warga halaqat mengucapkan ribuan terima kasih terutama sekali guru alquran yang telah berusaha mengajar anak muridnya dapat khatam alquran. Jua ucapan terima kasih kepada yb ust tuan saripudin telah menyumbang bagi menjayakan program ini. 
Share:

Mesyuarat bulan Dis

 Memulakan agenda mesyuarat dengan kalam mulia dari surah alfatihah. Kehadiran mesyuarat 6/9 anggota halaqat. Antara ulasan utama ialah mengumumkan pegawai baru ialah ust muhamad b che othman. Semoga dengan perlantikan ini dapat menambahbaikan prngurusan halaqat. 

Perbicaraan kedua ialah mengenai bagaimana menjadikan suasana tempat belajar kita disenangi dan mendapat sambutan.  Acara penutup dengan beberapa masalah yang timbul dari halaqat. Sekian

Share:

THA PERINGKAT KAWASAN PASIR PUTEH


Majlis tilawah, hafazan dan azan diadakan di dewan tuk guru tingkat 3,pejabat adun limbongan pasir puteh. Yb Dr. Hj Nik muhamad zawawi b hj salleh merasmikan majlis tersebut..
Seramai 25 orang peserta wakil dun gaal, limbongan, semerak dan selising telah menyertai pertandingan ini. 
Johan keseluruhan pertandingan THA ini dirangkup oleh Dun selising. 

Share:

Popular Posts

Labels

Type Bicara

Recent Posts

Keutamaan dihahulukan

  • Perjumpaan Mudarris Membina Generasi Solat 25Jun 2022.di MADU
  • Kelas MGS Bermula Jun
  • Kelas Tahsin al-quran minggu ketiga setiap hari ahad

Pages

Kongsi Ilmu Tanpa Jemu

Masjid & Surau memerlukan tenaga pengajar Call Penyelaras Selising or 019-9685753 line sentiasa on kecuali diluar kawasan hantar what app bersama nama dan alamat tempat