KULIAH MEDAN ILMU
Sabtu | 10 Januari 2026
Pengkuliah : Ust. Amerudin bin Azman
Tajuk : Kelebihan Bulan Rejab
- Barangsiapa tuntut ilmu, Allah permudahkan jalannya ke syurga
- Panjatkan syukur sebab dapat hadir harini
- Masuk bulan rejab dah hampir kepada Ramadan.
- Surah AlAsr :- demi masa manusia kerugian, melainkan beriman dan beramal soleh.
- Kelalaian menghabiskan masa, tanda akhir zaman
- Umur kita semakin banyak umur masih belum banyak
- Harta dunia boleh kira harta akhirat tak tahu berapa
- Bukan semua masa itu sama, ada malam lebih baik dari 1000bulan. Ada bulan yg dimuliakan Allah antaranya bulan rejab (bulan haram).
- Rejab ialah bulan isyarat, syaaban bulan latihan, ramadan bulan puncak.
- Doa nabi berkati pada rejab, syaaban dan Ramadan.
- Kata ulama : Rejab bulan menanam, syaaban menyiram, Ramadan menuai ambil hasil.
- Harini 20 rejab, berapa banyak dah tanam (amalan)?
- Tanaman itu ibadah, kualiti ibadah, kuantiti ibadah, muhasabah, amal soleh & jariah.
- Ada hadis doif boleh diambil sebagai fadilat amal, barangsiapa puasa pada bulan rejab Allah beri minum pada sungai susu.
- Hadis ibn abbas Nabi saw bersabda siapa puasa 1 hari dalam rejab pahala seperti 1 bulan pada bulan yang lain. 7 hari berpuasa pada bulan rejab dikuncikan 7 pintu neraka kepadanya.
- Boleh beramal dengan hadis doif, untuk motivasi untuk beramal.
- Hari khamis diangkat pahala, hari isnin nabi berpuasa kerana nabi lagi padanya.
- Org yg rugi adalah org yg tiada perubahan walaupun dah masuk bulan ramadan.
- Kebanyakan manusia dapat lapar dah dahaga saja. tiada persediaan untuk ramadan, buat maksiat dalam ramadan.
- Allah jadikan setahun 12 bulan, dari 12 bulan ada 4 bulan Haram. Bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharam & Rejab.
- Bulan Haram : haram lakukan peperangan, kezaliman, kemaksiatan kepada Allah. Dosa kecil jadi dosa besar. Maksiat jadi lebih bahaya kepada seseorang.
- Kaabah dibina pada zaman Nabi Ibrahim & Nabi Ismail.
- Selepas beratus tahun, dibinakan semula. Hijr ismail adalah sebahagian dari kaabah. kumpul duit baiki kaabah. Pendapatan Halal boleh dikumpul boleh buat sekadar kaabah sehingga ke hari ni.
- Tawaf tak boleh didalam hijr ismail.
- Bulan rejab sepatutnya bulan dijaga, bermula rejab hingga ramadan.
- PERISTIWA BESAR BULAN REJAB : ISRA' & MIKRAJ.
- Berlaku dalam bulan rejab. Setelah wafatnya org paling dikasihi Nabi saw isterinya Khadijah dan Abu Tholib.
- Khadijah isteri nabi, lebih tua dari Nabi. Kaya tapi sanggup hidup susah dengan nabi. Khadijah sebut kalau aku meninggal ambillah tulang belulang untuk perjuangan dakwah Nabi.
- Abu Tholib wafat, banyak jaga nabi. Hilang sayap kanan dan diri.
- Hijrah nabi pertama adalah ke thoif, Hijrah terbesar nabi adalah ke Yastrib (madinah).
- Di thoif, waktu ada abu tholib, Disanjung dimuliakan dengan hadiah. di toif juga tempat ibu susuan nabi Halimatus sa'adiah (Bani saadah). Sampai ditoif, dihalau oleh toif, berdoa Nabi selama 3 hari (sedangkan ore kafir quraisy duk tunggu di mekoh). Pada hari 1,2. Hari ke 3 di qardul manazil. Malaikat mari offer suruh hempas bukit ke penduduk toif. Tapi Nabi tak beri buat begitu oleh malaikat, moga² keluar dari sulbi mereka org yg beriman kepada Allah. (Banyak kali nabi berdoa kepada Allah).
- Banyakkan berdoa kepada Allah, Allah guna lafaz istaf'ala :- astajib lakum : tuntut kewajiban untuk mengabulkan doa kamu.
- Dalam berdoa, jangan tergesa². Allah tak bagi sebab Allah tahu tak baik untuk kita.
- Nabi kembali ke mekah. Berdakwah
- Maka selepas itu berlaku peristiwa israk mikraj.
- Allah perjalankan Nabi saw. Dari masjidil haram ke masjidil aqsa. Dengan naiki buraq. Naik ke langit hingga ke sidratul muntaha. Perjalanan buraq itu laju.
- Berlaku Israk & mikraj, diangkat bersama malaikat jibril sampai berjumpa Allah sendirian. Mendapat wahyu terbesar daripada Allah swt iaitu SOLAT.
- Peristiwa perjalanan jumpa Allah adalah perjalanan yang sangat seronok. Dan dianugerahkan solat.
- Solat jangan dijadikan beban kepada kita. Diberi sebanyak 50 waktu solat.
- Umat Nabi tak mampu, Nabi musa suruh minta kurang hingga jadi 5 waktu.
- Bulan rejab adalah bulan Solat, Perbanyakkan solat sunat, dan qadhakan solat. Supaya masuk ramadan mudah lakukan Terawih.
- Masjid yang berdaftar dengan MAIK, kena buat 20 rokaat.
- Kalau mampu buat 20rakaat, tak mampu buat sekadar yang mampu.
- Jangan masjid/solat tunggu kita, kita kena tunggu waktu solat.
- Kalau rasa berharga, maka mampu untuk tunggu.
- Terus latih diri untuk terus jadi org soleh, hingga smpai bulan ramadan.
- Banyakkan istighfar kepada Allah swt.
Ditutup dengan doa.
Jam 10.15am













