Kuliah Medan Ilmu Selising

KULIAH MEDAN ILMU


Sabtu  | 10 Januari 2026

Pengkuliah : Ust. Amerudin bin Azman

Tajuk : Kelebihan Bulan Rejab


- Barangsiapa tuntut ilmu, Allah permudahkan jalannya ke syurga

- Panjatkan syukur sebab dapat hadir harini

- Masuk bulan rejab dah hampir kepada Ramadan.

- Surah AlAsr :- demi masa manusia kerugian, melainkan beriman dan beramal soleh.

- Kelalaian menghabiskan masa, tanda akhir zaman

- Umur kita semakin banyak umur masih belum banyak

- Harta dunia boleh kira harta akhirat tak tahu berapa

- Bukan semua masa itu sama, ada malam lebih baik dari 1000bulan. Ada bulan yg dimuliakan Allah antaranya bulan rejab (bulan haram). 

- Rejab ialah bulan isyarat, syaaban bulan latihan, ramadan bulan puncak.

- Doa nabi berkati pada rejab, syaaban dan Ramadan.

- Kata ulama : Rejab bulan menanam, syaaban menyiram, Ramadan menuai ambil hasil.

- Harini 20 rejab, berapa banyak dah tanam (amalan)?

- Tanaman itu ibadah, kualiti ibadah, kuantiti ibadah, muhasabah, amal soleh & jariah.

- Ada hadis doif boleh diambil sebagai fadilat amal, barangsiapa puasa pada bulan rejab Allah beri minum pada sungai susu.

- Hadis ibn abbas Nabi saw bersabda siapa puasa 1 hari dalam rejab pahala seperti 1 bulan pada bulan yang lain. 7 hari berpuasa pada bulan rejab dikuncikan 7 pintu neraka kepadanya.

- Boleh beramal dengan hadis doif, untuk motivasi untuk beramal.

- Hari khamis diangkat pahala, hari isnin nabi berpuasa kerana nabi lagi padanya.

- Org yg rugi adalah org yg tiada perubahan walaupun dah masuk bulan ramadan.

- Kebanyakan manusia dapat lapar dah dahaga saja. tiada persediaan untuk ramadan, buat maksiat dalam ramadan.

- Allah jadikan setahun 12 bulan, dari 12 bulan ada 4 bulan Haram. Bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharam & Rejab.

- Bulan Haram : haram lakukan peperangan, kezaliman, kemaksiatan kepada Allah. Dosa kecil jadi dosa besar. Maksiat jadi lebih bahaya kepada seseorang.

- Kaabah dibina pada zaman Nabi Ibrahim & Nabi Ismail.

- Selepas beratus tahun, dibinakan semula. Hijr ismail adalah sebahagian dari kaabah. kumpul duit baiki kaabah. Pendapatan Halal boleh dikumpul boleh buat sekadar kaabah sehingga ke hari ni.

- Tawaf tak boleh didalam hijr ismail.

- Bulan rejab sepatutnya bulan dijaga, bermula rejab hingga ramadan.

- PERISTIWA BESAR BULAN REJAB :  ISRA' & MIKRAJ.

- Berlaku dalam bulan rejab. Setelah wafatnya org paling dikasihi Nabi saw isterinya Khadijah dan Abu Tholib.

- Khadijah isteri nabi, lebih tua dari Nabi. Kaya tapi sanggup hidup susah dengan nabi. Khadijah sebut kalau aku meninggal ambillah tulang belulang untuk perjuangan dakwah Nabi. 

- Abu Tholib wafat, banyak jaga nabi. Hilang sayap kanan dan diri. 

- Hijrah nabi pertama adalah ke thoif, Hijrah terbesar nabi adalah ke Yastrib (madinah). 

- Di thoif, waktu ada abu tholib, Disanjung dimuliakan dengan hadiah. di toif juga tempat ibu susuan nabi Halimatus sa'adiah (Bani saadah). Sampai ditoif, dihalau oleh toif, berdoa Nabi selama 3 hari (sedangkan ore kafir quraisy duk tunggu di mekoh). Pada hari 1,2. Hari ke 3 di qardul manazil. Malaikat mari offer suruh hempas bukit ke penduduk toif. Tapi Nabi tak beri buat begitu oleh malaikat, moga² keluar dari sulbi mereka org yg beriman kepada Allah. (Banyak kali nabi berdoa kepada Allah).

- Banyakkan berdoa kepada Allah, Allah guna lafaz istaf'ala :- astajib lakum : tuntut kewajiban untuk mengabulkan doa kamu.

- Dalam berdoa, jangan tergesa². Allah tak bagi sebab Allah tahu tak baik untuk kita.

- Nabi kembali ke mekah. Berdakwah

- Maka selepas itu berlaku peristiwa israk mikraj.

- Allah perjalankan Nabi saw. Dari masjidil haram ke masjidil aqsa. Dengan naiki buraq. Naik ke langit hingga ke sidratul muntaha. Perjalanan buraq itu laju.

- Berlaku Israk & mikraj, diangkat bersama malaikat jibril sampai berjumpa Allah sendirian. Mendapat wahyu terbesar daripada Allah swt iaitu SOLAT.

- Peristiwa perjalanan jumpa Allah adalah perjalanan yang sangat seronok. Dan dianugerahkan solat.

- Solat jangan dijadikan beban kepada kita. Diberi sebanyak 50 waktu solat.

- Umat Nabi tak mampu, Nabi musa suruh minta kurang  hingga jadi 5 waktu.

- Bulan rejab adalah bulan Solat, Perbanyakkan solat sunat, dan qadhakan solat. Supaya masuk ramadan mudah lakukan Terawih.

- Masjid yang berdaftar dengan MAIK, kena buat 20 rokaat. 

- Kalau mampu buat 20rakaat, tak mampu buat sekadar yang mampu.

- Jangan masjid/solat tunggu kita, kita kena tunggu waktu solat.

- Kalau rasa berharga, maka mampu untuk tunggu.

- Terus latih diri untuk terus jadi org soleh, hingga smpai bulan ramadan.

- Banyakkan istighfar kepada Allah swt. 


Ditutup dengan doa.

Jam 10.15am

Share:



Share:

Majlis Amanat Pimpinan Halaqat Satukan Gerak Kerja Dakwah di Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 1 Januari 2026 – Turut serta 4 orang pimpinan dan ahli halaqat telah menghadiri Majlis Amanat Pimpinan Halaqat bersama pimpinan peringkat kawasan Pasir Puteh yang berlangsung di Dewan Besar Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh hari ini. Majlis ini bertujuan memperkukuh kesatuan saf, memperjelaskan hala tuju gerak kerja dakwah, serta menyuntik semangat baharu dalam kalangan penggerak halaqat agar terus istiqamah memikul amanah yang diberikan. Antara pimpinan yang hadir ialah YB Dato’ Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Agromakanan & Komoditi Negeri Kelantan merangkap Ketua Dewan Ulama’ Negeri Kelantan dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selising. Turut hadir YB Nor Sham bin Sulaiman, ADN Semerak, serta Yang Berhormat Ustazah Nor Asilah binti Mohamed Zin, ADN N30 Limbongan. Majlis ini juga disertai oleh pengelola dakwah halaqat Pasir Puteh, Wan Ab Rahman bin Wan Hamad, yang memainkan peranan penting dalam penyelarasan dan pelaksanaan program dakwah di peringkat akar umbi. Dalam ucapan-ucapan yang disampaikan, para pimpinan menekankan kepentingan kesatuan, keikhlasan dalam berkhidmat, serta keperluan untuk terus memperkasa ilmu, tarbiyah dan penghayatan nilai Islam dalam masyarakat. Para peserta turut diingatkan bahawa tugas dakwah bukanlah tanggungjawab individu semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan secara berjemaah dan tersusun. Majlis amanat ini diharapkan menjadi titik tolak kepada pengukuhan peranan halaqat sebagai nadi utama dalam menyampaikan risalah Islam serta membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Share:

Popular Posts

Labels

Type Bicara

Recent Posts

Keutamaan dihahulukan

  • Perjumpaan Mudarris Membina Generasi Solat 25Jun 2022.di MADU
  • Kelas MGS Bermula Jun
  • Kelas Tahsin al-quran minggu ketiga setiap hari ahad

Pages

Kongsi Ilmu Tanpa Jemu

Masjid & Surau memerlukan tenaga pengajar Call Penyelaras Selising or 019-9685753 line sentiasa on kecuali diluar kawasan hantar what app bersama nama dan alamat tempat