KERJASAMA POLITIK PAS MEMBAWA REBAH?


Apabila PAS dinafikan kerusi untuk bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sabah. Maka PAS dianggap sebagai parti yang disisihkan dalam kerjasama politik. Adakah benar kerjasama politik PAS membawa rebah? 
 1. Kerjasama politik berlaku di kalangan parti pemerintah melalui Bersatu, UMNO, PAS, MIC, MCA, GPS dan sebagainya. Manakala kerjasama politik dalam parti pembangkang melalui Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Amanah serta rakan mesra PH iaitu Pejuang dan Warisan. 
 2. Kerjasama politik di kalangan parti pemerintah tidak beberapa kukuh dan ia kelihatan kuat kerana mereka dalam kerajaan. Kerajaan yang memerintah atas nama Perikatan Nasional (PN) namun UMNO tidak mahu menyertai PN. Tetapi Bersatu pula yang menyertai Muafakat Nasional.
 3. Kerjasama politik di kalangan parti pembangkang juga tidak kukuh walaupun nampak mereka seakan bersatu. Apabila kumpulan Tun Mahathir keluar daripada PH. Maka PH sudah longgar. Apatah lagi polemik Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim masih berterusan dalam diam.
 4. Semasa PRU14 yang lepas, di antara faktor kemenangan PH ialah pertembungan 3 penjuru di kawasan mengundi antara BN, PH dan PAS yang mengakibatkan pecah undi. PH juga berjaya menyakinkan pengundi dengan janji manis dan permainan saraf. Maka kejayaan PRU14 menjadi milik PH.
 5. Strategi pecah undi ini adalah strategi yang ampuh dan terbukti berkesan memecahkan undi pengundi. Sebab itulah PAS dan UMNO membina kekuatan melalui Muafakat Nasional dan seterusnya melobi Bersatu menyertai mereka.
 6. Pilihanraya Negeri Sabah adalah satu eksperimen terhadap gabungan kerjasama di kalangan parti pemerintah dan parti pembangkang. Walaupun begitu, senario politik Sabah tidak boleh dianggap sama seperti senario politik di Semenanjung Malaysia kerana wakil rakyat yang menang boleh melompat parti demi kebajikan rakyat. 7. Apabila PAS tidak diberikan kerusi oleh gabungan parti pemerintah kerana perebutan kerusi. Maka isu ini dijaja dengan menggambarkan PAS adalah khadam UMNO. Sebenarnya tujuan utama mereka ialah untuk memecahkan kerjasama politik PAS dengan parti-parti lain supaya PAS mengkhianati dan menarik diri daripada kerjasama politik. 
 8. Mereka mengetahui bahawa kerjasama politik di kalangan parti pemerintah perlu dipecahkan terutama bagi menghadapi PRU15. Amat menghairankan apabila mereka menjadi begitu kecewa dan berdukacita bagaikan kematian anak kecil. Sedangkan PAS menerima keputusan itu dengan berlapang dada demi kesatuan kerjasama politik.
 9. Berdasarkan sejarah politik, PAS adalah rakan strategi politik yang baik semasa Kerajaan Campuran Perikatan - PAS (1973), Angkatan Perpaduan Ummah (1990), Barisan Alternatif (1999) dan Pakatan Rakyat (2008). PAS tidak pernah mengkhianati kerjasama politik yang dimeterai melainkan parti lain yang mengubah dasar politik mereka. 10. Kini PAS melakukan kerjasama politik melalui Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Moga kerjasama politik yang dilakukan menguntungkan umat Islam dan agama Islam serta dapat mewujudkan negara yang aman, harmoni dan sejahtera. Moga Islam terus subur
Allahu Akbar! Dr. Abdél Rahmanov 13 Sept 2020
Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Labels

Type Bicara

Recent Posts

Keutamaan dihahulukan

  • Perjumpaan Mudarris Membina Generasi Solat 25Jun 2022.di MADU
  • Kelas MGS Bermula Jun
  • Kelas Tahsin al-quran minggu ketiga setiap hari ahad

Pages

Kongsi Ilmu Tanpa Jemu

Masjid & Surau memerlukan tenaga pengajar Call Penyelaras Selising or 019-9685753 line sentiasa on kecuali diluar kawasan hantar what app bersama nama dan alamat tempat