Share:

USRAH MINGGUAN

 KULIAH MINGGUAN UNIT HALAQAT PASIR PUTEH

Setiap minggu pagi Rabu unit halaqat Parlimen Pasir Puteh, Dun Selising  ,Semerak, Limbongan dan Gaal mengadakan usrah dengan menggunakan pelbagai kitab fekah, hadis, tauhid, tasawuf dan lain-lain. Kitab-kitab tersebut antaranya Penawar Bagi Hati karya Syeikh Abdul Kadir, Al-Kaulul Tam.. 

Terjemahan Haji Zakaria, 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Susunan Abu Ali Al Bajari, Kitab Khilapiah karya Pensyarah UIA dan lain-lain. 

Nakib diadakan secara bergilir. Tujuan usrah ini menambah ilmu, menguatkan semangat dan motivasi guru halakat lantikan kerajaan Kelantan. Wartawan Dr Abham TR


Share:

BOMBA DAN POLIS BERSAMA MASYARAKAT

                 Bersama penduduk kampung dan ahli jemaah    Balaisah Ayah Fa Kolam Tembusu, Kedai Menanti,  Selising, Pasir Puteh, satu majlis diadakan oleh Ketua Polis Balai Selising dan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh. OCS Selising Sub Inspektor Zahari Mahmood meminta ibu bapa mengawasi anak-anak daripada terjebak dengan pil kuda, daum ketum dan kecurian motosikal .

Manakala Ketua Bomba Pasir Puteh Azhar Ilmi Mustafa menyatakan 239 mangsa kovid 19,Pasir Puteh tahun 2021. Mangsa kematian paling ramai ialah penghuni rumah, kerana terlalu banyak kunci hingga tak dapat dibuka dalam suasana cemas. Gajet juga bahaya kepada kanak-kanak. Beliau menyeru ibu bapa awasi anak dan buat pendawaian baru bila usia rumah lebih 20 tahun. Majlis ini dirasmikan oleh Mak Su Rubiah Penyelia Armalah Dun Selising.





Share:

Popular Posts

Labels

Type Bicara

Recent Posts

Keutamaan dihahulukan

  • Perjumpaan Mudarris Membina Generasi Solat 25Jun 2022.di MADU
  • Kelas MGS Bermula Jun
  • Kelas Tahsin al-quran minggu ketiga setiap hari ahad

Pages

Kongsi Ilmu Tanpa Jemu

Masjid & Surau memerlukan tenaga pengajar Call Penyelaras Selising or 019-9685753 line sentiasa on kecuali diluar kawasan hantar what app bersama nama dan alamat tempat